Walau hanya mencatat keputusan seri 0-0, satu mata sudah memadai untuk Tiger FC dinobatkan Johan Limbang Super League 2017 apabila menentang pencabar terdekatnya, ABC Club di Kompleks Sukan Limbang petang kelmarin. 

Di dalam perlawanan liga yang mendapat jolokan ‘El Classico’ Limbang itu, kedua-dua pasukan menyajikan aksi menarik dengan untuk memburu gol kemenangan. Sungguhpun demikian, keampuhan jentera pertahanan kedua-dua pasukan menyaksikan tiada jaringan berjaya dihasilkan sehingga tamatnya masa penuh.

Kesudahan seri itu walaubagaimanapun sudah cukup untuk Tiger FC mengesahkan diri sebagai johan Limbang Super League 2017 apabila unggul dengan 13 mata, dua mata meninggalkan naib johan liga, iaitu ABC Club yang terpaksa berpuas hati dengan 11 mata. 

Selain menjari perlawanan terakhir yang menentukan gelaran juara liga, perlawanan diantara Tiger FC dan ABCClub turut dijadikan sebagai perlawanan Piala Sumbangsih oleh Limbang FA sekaligus menyaksikan pusingan sepakan penalti atau ‘penalty shoot-out’ diadakan bagi menentukan pasukan yang akan menjulang Piala Sumbangsih Limbang FA. 

Selepas lima sepakan penalti, penjaga gol ABC Club memastikan kejuaraan adalah milik pasukkannya apabila berjaya menyelamatkan gawang pada sepakan penalti ketiga, sekaligus menjadi wira pasukan apabila ABC Club yang muncul juara Piala Sumbangsih dengan keputusan 4-3. 

Biarpun pemenang liga sudah dikenalpasti, perlawanan liga masih akan berlangsung bagi menentukan kedudukan ketiga hingga keenam dalam masa beberapa hari lagi.

Comments

7 COMMENTS

Comments are closed.