Pertandingan Liga Bolasepak Rakyat (LBR) aka secara rasminya bermula Sabtu ini dengan sepak mula dibuat oleh pasukan Kuching FA dan Sri Aman FA.
Menurut makluman dari Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), perlawanan Pembukaan Liga Bolasepak Rakyat akan diadakan di antara Juara Edisi Pertama LBR, iaitu pasukan bolasepak Kuching dengan pasukan bolasepak Sri Aman.
Perlawanan akan dimulakan pada jam 8 malam di Stadium Negeri, Kuching.
Kami dimaklumkan bahawa masuk adalah percuma, dan penonton pertandingan boleh memenangi hadiah-hadiah menarik termasuk sebuah motosikal, set televisyen HD, basikal dan banyak lagi.