LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

SARAWAK meneruskan rentak tanpa kalah dalam kempen Liga Perdana 2013 setelah mengalahkan skuad UiTM dengan jaringan 5-3 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium UiTM petang semalam.

Bobby Gonzales muncul hero Sarawak apabila menjaringkan hatrik (minit ke-24, 25 dan 42), manakala dua lagi gol dijaringkan oleh Zamri Morshidi pada minit ke- 49 dan 79. Sarawak lebih banyak menguasai permainan dan agak mudah merobek gawang UiTM.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Namun kealpaan barisan pertahanan menyebabkan UiTM berjaya menjaringkan tiga gol. Sarawak boleh menang dengan jaringan yang lebih besar sekiranya banyak peluang dimanfaatkan. “Syabas kepada para pemain,” kata pengurus pasukan Sarawak, Mohamad Abu Bakar Marzuki.

“Sarawak menunjukkan permainan yang cukup hebat. Apa yang penting ialah kita berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah,” jelas Abu.

“Kita boleh menang besar jika beberapa lagi peluang dimanfaatkan… namun yang penting kita berjaya meraih tiga mata,” katanya. Sementara jurulatih Sarawak, Robert Alberts menyatakan Sarawak sepatutnya boleh menang besar, namun kelalaian pada 15 minit terakhir menyebabkan UiTM dapat ‘mencuri’ tiga jaringan. Sarawak akan menentang Putrajaya FC di Kuching pada Jumaat depan (3 Mei).

Sumber: Utusan Sarawak