Pasukan King Baling FC milik ‘Mat Napi’ telah dengan jayanya menjuarai SarawakCrocs Fantasy Premier League 2018.

Berbekalkan 2302 mata, King Baling gah selaku pendahulu liga fantasi yang dianjurkan SarawakCrocs buat kali kedua, mengetepikan lebih 42 pencabar liga lain.

Keputusan lima pasukan teratas dapat dilihat di bawah.

Dengan kejuaraan ini, King Baling memenangi hadiah wang tunai RM250, manakala tempat kedua yakni Wecelaaa milik Mohd Azri Azir Ghani mendapat RM150.

Pasukan milik Paul Kenny pulang dengan RM100 selepas berjaya menduduki tempat ketiga, manakala juara edisi Piala Dunia , DespudGeito hanya berupaya menduduki tangga ke-4 kali ini.

Kedudukan tempat ke-5 yang memenangi RM40, dimiliki Ingstincts yang dimiliki Christain Morris.

Pasukan-pasukan kedudukan 6 – 15 menerima voucher diskaun dari laman t-shirt indie TheKedey.

Liga ScFPL akan berlangsung lagi musim depan dengan lebih banyak hadiah menarik menanti.

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SarawakCrocs Tribal jersey