Ketua Jurulatih Kuching FA, Ideris Untong berkata beliau tidak mahu pemainnya bermain secara fizikal menentang Johor Bharu FA petang ini.

Beliau dipetik berkata demikian oleh akhbar Utusan Borneo sambil menyatakan bahawa JBFA sudah pasti akan menguji pemain-pemainnya dengan pelbagai strategi bagi mengekang pasukannya.

Ideris berkata “Saya tidak mahu pemain mengulangi corak permainan fizikal ketika menentang Puchong Fuerza FC minggu lalu pada perlawanan esok (petang ini).

“Kita hilang fokus kerana gagal mengimbangi permainan fizikal pihak lawan sehingga menyebabkan kehilangan Dzulazlan Ibrahim yang dilayangkan kad merah kerana terlibat dalam insiden kekasana”.

Dalam perkembangan sama, Ideris juga mengesahkan akan membuat sedikit rombahan di barisan pertahanan ekoran ketiadaan Dzulazlan dan Mazwandi Zakeria.  Seperti Dzulazlan, Mazwandi juga digantung perlawanan.

Kuching perlu menang malam ini jika mahu terus menguasai Liga M3.  Setakat ini, Kuching belum tewas dan berada di dalam kedudukan terbaik untuk meneruskan rentak kemenangan apabila bertemu JBFA petang ini kelak pada jam 4:45PM.