Saya tidak boleh menunggu Muamer – Robert

Jurulatih Sarawak Robert Alberts hari ini menyatakan bahawa beliau sudah cukup bersabar dengan kecederaan bekas penyerang Sarwaak, Muamer Salibasic, dan amat kecewa selepas penyerang tersebut gagal sembuh sebelum musim bermula.

Menurut Roberts, Muamer telah mencederakan diri sebelum musim 2014 bermula, dan kecederaan ini berlaku ketika beliau kembali ke negaranya sendiri, selepas berakhirnya musim 2013.

Kecederaan yang melanda Muamer telah mengakibatkan Muamer tidak dapat menyertai sesi perlawanan pemanas badan yang dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS). Menurut Robert, aksi pemanas badan adalah penting untuk persediaan pemain menghadapi musim baharu, namun beliau masih ingin mengekalkan Muamer dengan harapan Muamer akan kembali sihat seperti dahulu.

Dalam pada itu, Robert menambah bahawa FAS telah memberikan khidmat perubatan sedaya yang boleh agar Muamer cepat sembuh, dan beliau (Robert) telah membuat satu perjanjian dengan Muamer bahawa beliau akan dikekalkan sekiranya berjaya sembuh sebelum perlawanan pra-musim 2015 berlangsung.

Sungguhpun demikian, Muamer gagal membuat janji tersebut, dan Robert tidak mempunyai pilihan lain selain daripada tidak meneruskan hasrat untuk mengekalkan Muamer sebagai antara pemain import bagi musim 2015.

Tambah Robert, keputusan tidak meyambung kontrak Muamer adalah amat berat bagi beliau kerana beliau beranggapan Muamer adalah antara pemain import yang terbaik di dalam Liga Malaysia.

Isu penamatan kontrak Muamer menjadi bahan panas pada awal musim lalu dengan peminat hairan berkenaan kehadiran Muamer di Stadium Negeri sunguhpun beliau dikatakan telah ditamatkan kontrak.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top