Satu pasukan Liga Malaysia sudah ada kes Covid-19?

Sebuah pasukan di Liga Malaysia telah meletakkan satu kenyataan bahawa salah seorang pemain mereka telah disahkan positif Covid-19.

Pengumuman yang dibuat di media sosial rasmi pasukan tersebut walaubagaimanapun telah ditarik balik selepas beberapa minit dipamerkan, dan kini tidak kelihatan.

Pihak kami sempat membaca intipati kenyataan tersebut yang mana menyatakan bahawa pasukan terbabit telah bertindak menggantung semua sesi latihan serta merta dan kini menunggu arahan dari pihak berkuasa.

Kenyataan dari pasukan tersebut juga menyatakan bahawa pasukan mereka telah patuh akan semua SOP yang telah dikeluarkan.

Pemain yang didakwa positif Covid-19 adalah berkaitan dengan sebuah kluster yang sedang aktif di kalangan petugas kesihatan.

Sungguhpun amat pasti kenyataan tersebut ada dikeluarkan, tindakan pasukan bola sepak tersebut menarik balik kenyataan tersebut menimbulkan tanda tanya di pihak kami, sekaligus membuatkan kami juga meragui samada berita tersebut benar atau tidak.

Apa pun, jika benar ada kes Covid-19 di dalam pasukan tersebut, adalah diharapkan pemain lain tidak terjangkit, dan diharapkan pemain yang disebutkan cepat sembuh.

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top