Pasukan Liga M3, Sarawak FA mudah menewaskan pasukan Red Spade United FC dalam perlawnaan kelayakan Piala FA yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Ampang hari ini.

Red Spade bermula garang dengan menjaringkan gol pertama perlawanan seawal minit pertama melalui M Shafit yang merembat kencang bola menewaskan penjaga gol

Ahmad Muaz berpeluang menyamakan kedudukan untuk Sarawak FA  apabila pasukan beliau dihadiahkan sepakan penalti.

Sungguhpun demikian, sepakan Muaz berjaya diselamatkan Mohd Afiq Rahimi.

Sarawak tidak berputus asa dan Azrizan Ahmad akhirnya berjaya menyamakan kedudukan untuk pasukan Sarawak FA pada minit ke-10 melalui satu tandukan kemas yang gagal diselamatkan penjaga gol Afiq Rahimi.

Kedudukan seri 1-1 terikat sehingga tamat perlawanan.

Pada babak kedua, Sarawak FA pantas mengatur lebih banyak serangan ke atas kubu Red Spade.

Hasilnya, Sarawak berjaya menjaringkan gol kedua pada dengan Azrian bijak menolak bola masuk ke gawang Red Spade untuk Sarawak mendahului.

Azrizan sekali lagi menemui sentuhan emas beliau selang beberapa minit kemudian dengan satu lagi tolakan menarik yang gagal diselamatkan Afiq Rahimi.

Amar Muaz kemudiannya meletakkan diri di dalam senarai penjaring apabila beliau merembat kencang gol keempat Sarawak dari dalam kawasan penalti pada minit ke 72.

Sarawak terus mengasak Red Spade dan rembatan padu dari Hafizi Erwin setersunya melebarkan jurang gol dianatara kedua-dua pasukan.

Dengan perlawanan semakin dekat ke pengakhiran, Azrizan melengkapkan persembahan bergaya beliau dengan jaringan ke-6 perlawanan dengan menanduk cantik satu lagi gol buat Sarawak.