Kelab bola sepak Liga Premier, Sarawak United telah membuka satu lagi laman Facebook.

Laman Facebook yang baharu itu diberi nama Sarawak United FC Official dan ianya dikhabarkan merupakan laman facebook rasmi kelab tersebut.

Laman Facebook tersebut dilihat sebagai menggantikan lamann facebook lama yang sebelum ini digunakan bagi menyebarkan maklumat berkenaan kelab tersebut.

Adalah tidak dapat dipastikan mengapa pihak pengurusan kelab tersebut membuka laman FB baharu, namun ianya dipercayai dibuat ekoran perubahan pengurusan di peringkat kelab tersebut dalam beberapa bulan ini, khususnya dengan kemasukan Pengarah Teknikal baharu, B Santianathan.

Laman Facebook Sarawak United yang lama, paling akhir dikemaskini pada 13 Disember 2020, dan ianya memiliki lebih sembilan ribu pengikut.

Kelab yang dimiliki oleh Persatuan Bolasepak Sarawak itu telah berbelanja besar bagi persiapan musim ini dan ianya dijangka menjadi pencabar utama kepada kejuaraan Liga Premier musim ini kelak.

Adalah diharapkan Sarawak United akan lebih gigih mengemaskini berita berkenaan perkembangan kelab mereka selepas ini kerana kelab tersebut telah banyak mendiamkan diri sejak dari tahun lepas.