Sarawak United FC kalah dalam aksi pertama

Pulau Pinang tidak menunggu lama untuk menembusi benteng pertahann Sarawak United apabila pemain import mereka, Casagrande menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke-7.

Gol kedua Pulau Pinang terhasil apabila Amer Azahar melepaskan diri dari perangkap offside pasukan Sarawak United dan seterusnya merembat kencang gol ke arah gol Sarawak United, sekaligus menewaskan Mohd Farhan.

Pulau Pinang terus melebarkan jarak dari Sarawak United melalui Casagrande pada minit ke-40.

Kali ini, Casagrande mudah menanduk masuk bola yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Sarawak Mohd Farhan.

Pemain import Sarawak United yang baharu Milad Mansour berjaya merapatkan jurang gol pada minit ke-43 apabila beliau merembat leret gol pertama pasukan pelawat.

Pada babak kedua, Pulau Pinang terus ghairah mencari gol dan hasilnya Edrick Dos Santos menjaringkan gol keempat pasukan tuan rumah menerusi satu gerakan yang cukup cantik.

Enggan mengalah, Patrick Ronaldinho merapatkan jurang gol pada minit ke-63 untuk meletakkan kedudukan menjadi 4-2 melalui satu jaringan mudah.

Kedua – dua pasukan saling berbalas serangan selepas itu dengan Pulau Pinang turut memasukkan bekas pemain Sarawak FA Bobby Gonzalea pada minit-minit akhir perlawanan.

Sungguhpun demikian, keputusan 4-2 memihak Pulau Pinang kekal hingga wisel penamat.

FT Pulau Pinang 4-2 Sarawak United

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top