Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengesahkan bahawa semua liga peringat negeri, termasuk pertandingan Piala Preisden dan Piala Belia adalah terbatal.

Menurut surat FAM, pembatalan semua pertandingan dan kejohanan itu adalah disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), larangan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan bagi mengelakkan perhimpunan besar – besaran.

FAM juga menjelaskan bahawa keadaan stadium atau tempat pertandingan yang terbuka, yang tidak dibenarkan di bawah SOP dikendalikan pertandingan tanpa penonton, juga menjadi sebab semua pertandingan dan kejohanan tersebut dibatalkan.

Turut menjadi punca pembatalanan semua pertandingan tersebut adalah kos yang terpaksa ditanggung penganjur sekiranya mahu meneruskan pertandingan dengan melaksanakan SOP yang dikehendaki.

Dengan pembatalan semua kejohanan tersebut, FAM turut menyatakan bahawa tiada pasukan akan dinobatkan sebagai juara samada Piala Presiden atau Piala Belia, dan semua perlawanan yang sudah dilangsungkan dianggap tidak sah.

FAM juga menjelaskan bahawa insentif dan hadiah juga tidak akan disalurkan kepada mana-mana pasukan memandangkan kejohanan dan pertandingan telah dibatalkan.