Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menandatangani satu perjanjian persefahaman dengan pihak pengurusan Liga Bolasepak Profesional Jepun (J.League) hari ini.

Menurut FAM, perjanjian tersebut akan menyaksikan kedua-dua FAM dan J.League bekerjasama di dalam perkara-perkara berikut:

  1. Bertukar informasi yang perlu bagi pembangunan tahap pertandingan liga di Malaysia dan Jepun.
  2. Berkongsi pengetahuan dan menganjurkan seminar berkenaan liga profesional dan pengurusan kelab, terutama dalam bidang pemasaran.
  3. Mengadakan program pertukaran, pemerhatian dan latihan kepada jurulatih, pengadil, pemain, jurulatih kecergasan, pasukan perubatan, pengurusan pertandingan, akademi dan pemasaran.
  4. Mengadakan perlawanan persahabatan antara kelab-kelab Liga Super Malaysia, Liga Premier Malaysia dan J.League.
  5. Mengadakan pertandingan, perlawanan persahabatan dan kem latihan pusat bersama bagi pasukan peringkat belia.
  6. Mewujudkan dan menggalakkan peluang bagi pemain Malaysia menyertai kelab di J.League dan pemain dari Jepun beraksi bersama kelab Liga Super Malaysia dan Liga Premier Malaysia.
  7. Menyediakan sokongan kepada J.League bagi menyiarkan perlawanan mereka dan menggalakkan pendedahan media di Malaysia dan sebaliknya.
  8. Menggalakkan kelab-kelab Liga Super Malaysia, Liga Premier Malaysia dan J.League berkomunikasi dan menjalin kerjasama antara mereka.
  9. Menganjurkan klinik bola sepak dan seminar bagi kanak-kanak di Malaysia.
  10. enjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Malaysia
  11. ntuk berkongsi kepakaran dalam usaha pencegahan rasuah dan aktiviti mengatur perlawanan.

Sumber: FAM