Pengurusan pasukan Sarawak United melahirkan keyakinan terhadap sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysia Football League (MFL).

Komen tersebut hadir apabila Pengurus Pasukan Sarawak United FC, Afiq Fikri Brahim memberi komen tentang kehadiran penonton untuk perlawanan Liga Malaysia yang bakal dimulakan semula kelak.

Beliau memberitahu TV Sarawak minggu ini tadi bahawa pasukannya lebih suka jika peminat dapat turun ke stadium menyaksikan perlawanan kerana tiket perlawanan merupakan sumber pendapatan utama pasukan.

Sungguhpun demikian, Afiq mengakui bahawa kesihatan peminat, pemain dan pegawai tetap menjadi keutamaan pihaknya.

“Kita mengharapkan penyokong dapat hadir, kerana itulah rezeki utama pasukan, namun kita juga mengambil berat kesihatan semua, iaitu kemungkinan besar jika ia dibenarkan mungkin akan sikit memberikan kerisauan dikalangan pemain dan pegawai kata Afiq kepada TV Sarawak.

“Kita yakin dengan keputusan FAM dan MFL, mereka akan memberikan keputusan yang baik, dan kita akan menerima dengan apa jua keputusannya nanti”, katanya lagi.