Sarawak United A tukar ketua jurulatih?

Selepas perlawanan pra-musim ketiga Sarawak United A menentang Perak II FA kelmarin, heboh media sosial mempersoalkan mengapa Safri Amit yang berdiri memberikan arahan kepada pemain dan bukannya ketua jurulatih dari Sepanyol Magro Olivera.

Magro Olivera yang sebelum ini dikhabarkan melatih pasukan Sarawak United A didakwa oleh beberapa pihak sudah meninggalkan pasukan tersebut dan kini semua tanggungjawab beliau digalas oleh pembantu beliau, Safri Amit.

Punca pemergian Magro tidak diketahui buat masa ini.

Pelantikan Magro sebelum ini sememangnya tidak mendapat apa-apa perkhabaran rasmi daripada pihak Sarawak United A yang lebih suka memendam hati daripada menepis sebarang spekulasi di media sosial dan media cetak.

Sungguhpun demikian, jika benar pemergian beliau dari pasukan adalah benar, maka ianya adalah seolah-olah beliau tidak pernah melatihpun pasukan tersebut.

Dalam pada itu, gambar-gambar yang diambil oleh beberapa individu sebelum ini telah menunjukkan seorang yang seiras Magro melatih pihak Sarawak United A di Padang C sebelum ini.

Malah, sumber kami sendiri mendakwa sememangnya Magro telahpun melatih pasukan tersebut dan hanya menunggu untuk menandatangani kontrak penuh.

Apapun, jika benar Magro telah dilepaskan oleh Sarawak United A, ianya merupakan satu tamparan hebat kepada persediaan pasukan Sarawak United A yang juga merupakan kelab bola sepak yang wujud hasil penjenamaan semula Selangor United.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top