Ketua jurulatih Sarawak, David Usop melahirkan rasa puas hati beliau dengan keputusan 1-1 yang diraih Sabtu lalu di dalam saingan Piala Malaysia diantara Sarawak menentang JDT II.
Beliau dalam pada itu menyatakan bahawa Sarawak banyak mencipta peluang ketika perlawanan tersebut, namun kegugupan barisan muda beliau gagal menterjemahkan peluang tersebut kepada gol.
Di dalam perlawanan tersebut, David telah membuat rombakan besar terhadap barisan utama beliau, dengan memilih untuk menyenaraikan beberapa pemain muda bagi menggantikan kelibat pemain utama yang direhatkan.
Taktikal David dilihat membawa kesan apabila Nur Shamie Iszuan membuka jaringan untuk pasukan Sarawak pada minit ke-14, sebelum JDT II berhempas pulas mencari ruang sebelum akhirnya berjaya menyamakan kedudukan.
Untuk rekod, kedua-dua pasukan Sarawak dan JDT telah tersingkir dari Piala Malaysia bagi musim ini.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Permain2 muda penting untuk pasukan sarawak, asyik harap permain2 lama sampai bila.
Tapi penyokong x puas..sarawak makin merudum..
ne pemain muda?game ttp sama jk xda perbezaan
ada perbezaan..walau seri 1 sama..cuma lambat masukkan junior n mekeche
Ini bru permainan terbaik syabas pemain muda kekalkan prestasi utk dpt tmpt di skuad utama sarawak
asah lg boss..pemain sarawak terbaikk
Ok
Taun lepas kita atlist masuk suku akhir..tok dah tersingkir..piala liga perdana dah rasa..bila gk liga super..
Bagi yang terbaik lah team sarawak..