Kecederaan penyerang utama Sarawak, Mateo Roskam yang disahkan koyak di bahagian lutut, membawa berita duka kepada kem Sarawak, namun seorang anak jati Sarawak boleh melihat ianya sebagai satu perkembangan positif bagi kerjayanya sebagai pemain bolasepak.
Menurut akhbar Utusan Borneo hari ini, Ketua Jurulatoh Sarawak, David Usop mengesahkan bawaha Abdul Rahim Razak (kanan) bakal dimasukkan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Mateo, sekaligus memberi peluang untuk anak Sarawak tersebut menyinar di peringkat kebangsaan.
Abdul Rahim yang bermain menentang Kedah FA minggu lepas menunjukkan kehebatan beliau sebagai bakal penggempur pasukan Bujang Senang apabila berjaya mengucar ngacirkan pintu gol Kedah dengan larian-larian pantas.
Sungguhpun tidak menjaringkan gol, Abdul Rahim dilihat berganding baik dengan penyerang Filipina, Mark Hartmann di bahagian serangan.
Sarawak kini ketandusan penyerang selepas Mateo disahkan bakal direhatkan untuk sekurang-kurangnya dua perlawanan, dan sekiranya Abdul Rahim berjaya mengisi kekosongan tersebut dengan jayanya, adalah tidak mustahil David akan menggunakan bekas pemain pasukan Bawah-21 tahun itu, lebih kerap lagi pada perlawanan akan datang.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




That a great chance
Macam tok bagus jua tok kecewa,beripeluang pemain muda kita main bah,sik2 mengeluh Uu…
abdul rahim pemain muda sarawak nok kacak main dan lincah mempunyai masa depan yg cerah selain daripada tommy dengan shamie tidak lupa juga hafiz abu bakar permain muda sarawak lincah walaupun size badan kecik yg mempunya bakat besar
Setuju glak.. Tunjukan semangat juang yg tinggi
Aiem Seven AR