Kelab bola sepak Sarawak United terpaksa menunggu lebih lama untuk memulakan latihan berpasukan ekoran keputusan pihak pengurusan kelab tersebut memindahkan latihan berpusat mereka ke Semenanjung Malaysia awal bulan ini tadi.

Ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan di Lembah Klang, yang mana secara langsung melibatkan kawasan latihan pasukan Sarawak United.

Harapan kelab tersebut untuk memulakan latihan pada akhir bulan ini juga berderai apabila kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa PKP akan dilanjutkan sehingga Februari kelak.

Menteri Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmarin telah mengumumkan bahawa PKP akan terus dilaksanakan dengan syarat lebih ketat di Penang, Selangor, Johor, Sabah, Melaka, Kelantan, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan sehingga 4 Februari.

Posa sebelum itu telah dipetik sebuah akhbar tempatan sebagai berkata bahawa beliau akur dengan arahan tidak boleh merentas negeri, dan kini berharap PKP akan dihentikan pada hujung bulan ini.

“Kita akur dengan arahan tidak boleh merentas negeri sekarang” Posa dipetik sebagai berkata kepada sebuah akhbar tempatan.

“Kita berharap PKP akan berakhir pada hujung bulan ini” katanya lagi.

Sarawak United telah memilih untuk ke Lembah Klang pada awal Januari lalu bagi membolehkan kelab tersebut mendapat lebih banyak perlawanan persahabatan.

Sungguhpun demikian, setibanya pasukan tersebut di Lembah Klang, PKP telah diumumkan oleh kerajaan bagi membendung jangkitan Covid-19.