Kelab Liga Premier Kuching City FC telah minggu ini menggayakan jersi latihan kedua kelab tersebut.

Jersi berwarna kuning cerah itu nampak jelas apabila pemain kelab berkenaan turun berlatih dengan jersi baharu tersebut.

Warna cerah kekuningan jersi tersebut dipasangkan dengan warna oren dan hitam pada lengan jersi berkenaan, sekaligus menampakkan rupa premium.

Berjenama StarSport, jersi latihan kedua Kuching City itu mempunyai logo kelab tersebut yang diwarnakan dalam hitam dan putih, dengan jenama penaja utama, Yakult terpampang pada hadapan jersi dalam warna merah.

Penaja lain kelab tersebut juga kelihatan logonya dalam warna hitam pada jersi tersebut dan logo – logo tersebut diletakkan di kedudukan sama seperti jersi latihan pertama sebelum ini.

Bagi penjaga gol, jersi serba kelabu telah direka oleh StarSport.

Berlainan dengan jersi pemain, jersi latihan penjaga gol menggunakan logo putih bagi semua logo penaja kelab tersebut kecuali logo Yakult.

Anda boleh melihat jersei tersebut digayakan di bawah.