Liga bolasepak Betong 2021 akan ditunda sehingga satu tarikh baru yang akan dimaklumkan kelak.

Keputusan tersebut diambil Persatuan Bolasepak Bahagian Betong (PBBB) susulan peningkatan penyebaran Covid-19 di Sarawak.

Presiden BDFA, Abang Suhordie Abang Zaini menyatakan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sedang dilaksanakan menjadi antara faktor liga anjuran persatuan tersebut terpaksa ditangguhkan.

Beliau juga menyatakan bahawa liga akan diteruskan sekiranya keadaan Covid-19 bertambah baik pada masa hadapan.

“Penganjuran liga diteruskan sekiranya musibah yang melanda negara ketika ini pulih sepenuhnya” kata Suhordie kepada satu media tempatan.

Adalah difahamkan PBBB juga ada merancang aktiviti lain selain daripada Liga Bolasepak Betong.