Sarawak United dikhabarkan telah menambahkan lagi kekuatan pasukannya apabila dikhabarkan telah mengikat seorang lagi pemain kacukan Malaysia, yakni Stuart Wark.
Stuart yang berdarah Scottish dan Malaysia, merupakan pemain tengah yang pernah berkhidmat bersama Sabah FA, Felda United FC, Pulau Pinang FA dan PDRM FC.
Beliau paling akhir bersama Terengganu FA sebelum dikhabarkan ke Sarawak United bagi musim ini.
Buat masa ini, belum ada pengumuman rasmi berkenaan kemasukan Stuart ke Sarawak United, namun berita kemasukan beliau sudah heboh di media sosial.
Jika benar Stuart ke Sarawak United, makan barisan bimbingan E Elavarasan dilihat semakin ampuh untuk musim hadapan dengan kehadiran ramai pemain berkeupayaan di dalam barisan pemainnya.
Stuart akan menyertai pemain lain seperti R Gopinathan, Taylor Regan, Norshahrul Idlan Talaha dan Lee Chang Hoon.
Sarawak United sebelum ini sememangnya sudah melahirkan kesediaan mereka untuk mencabar pada musim 2021, dengan sasaran ke Liga Super pada musim 2022 secara merit.