Kelab bolasepak Sarawak United menafikan ada tungakkan gaji di kalangan pemain dan pegawainya.
Menurut pemilik kelab tersebut, Posa Majais, tindakan undang – undang akan diambil keatas individu bernama ‘Wazlan Wafa’ yang mendakwa berlakunya tunggakan gaji di kalangan pegawai dan pemain Sarawak United.
Dalam perkembangan sama, Posa menyatakan bahawa kesemua gaji pemain dan pegawai telah dibayar penuh, dan wujud pengemaskinian akaun Sarawak United ekoran situasi kewangan khas yang disebabkan permintaan pemain sendiri.
Posa dalam pada itu juga menjelaskan bahawa kelabnya sentiasa peka dan bertanggungjawab ke atas kebajikan pemain.
// XIAOMI PAD 5 TABLET KINI DIJUAL PADA HARGA RM1,299
Anda boleh membaca kenyataan penuh Sarawak United di bawah berhubung perkara tersebut.
Sebelum ini, seorang pengguna Twitter Wazien Wafa, telah memuat naik status yang mempertikaikan pembayaran gaji serta beberapa perkara berkaitan kewangan Sarawak United seperti yang anda lihat dibawah.
What happening with our local football???????? pic.twitter.com/DqKgjW1CVv
— Wazien Wafa (@wazienwafa) September 24, 2021
Kami tidak ada komen berkenaan perkara ini, namun kami dimaklumkan bahawa Sarawak United akan terus kekal di Liga Super 2022.