PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Pasukan Kuching City tewas 3 – 1 dalam perlawanan terakhir mereka di Liga Premier petang tadi.

Pasukan bimbingan Irfan bakti merehatkan beberapa pemain utama pada perlawanan ini sekaligUs menyaksikan pemain seperti Joseph Kalang Tie, Alyton Ferraira, dan Yuta Suzuki samada tidak disenaraikan langsung, atau tidak diturunkan dalam perlawanan ini.

Promosi RM1

Kesempatan tersebut digunapakai oleh Kelantan United sepenuhnya.

Pasukan tersebut menjaringkan gol pembukaan menerusi Shafizi Iqmal seawal minit ke-20, sebelum Alfusainey Gassama menambah gol pasukan pelawat beberapa minit kemudian.

Kuching City merapatkan jurang gol melalui Micheal Ijezie, tetapi Kelantan United memastikan mereka terus selesa melalui gol terakhir perlawanan oleh Fakhrul Zaman sebelum wisel babak pertama dibunyikan.

// ORDER TOPENG MUKA MURAH

Pada babak kedua, kedua – dua pasukan gagal menemui gol baharu, sekaligus menyaksikan Kelantan United mengutip mata penuh dari perlawanan ini.

Tiga mata tersebut memadai untuk memberikan Kelantan United kelebihan ke atas PDRM FC di dalam senarai kelayakan Piala Malaysia musim ini.

Ini menyaksikan pasukan Kelantan United mara sebagai pasukan kelima terbaik di antara pasukan bukan pasukan simpanan di Liga Premier ke Piala Malaysia.

Pasukan Kuching City telahpun mengesahkan tempat di Piala Malaysia beberapa hari lepas selepas menewaskan pasukan Perak II.