Selepas cemerlang dalam siri jelajah Sarawak mereka, pasukan Kuching City kini merancang untuk ke Daerah Lundu bagi memperluaskan jenama Kuching City, disamping mencari pemain – pemain yang boleh mereka serap ke kelab tersebut.

Dalam kenyataan ringkas di akaun media sosial rasmi kelab tersebut, Kuching City mengumumkan bahawa mereka akan ke Lundu pada 9 dan 10 Januari ini.

Perlawanan pertama tahun 2021 untuk pemain Kuching City itu adalah untuk memastikan pemain dapat mengekalkan kecergasan pemain di tahap yang terbaik sebelum Irfan Bakti mengambil alih tugas sebagai Ketua Jurulatih.

Di Lunu, Kuching dijangka akan bertemu pasukan Belia Lundu apabila bertandang ke Daerah Lundu pada 9 Januari, dan akan menentang Sematan FC pada hari berikutnya.

Lokasi dan masa untuk kedua – dua perlawanan belum diketahui, namun Kuching City dijangka akan hadir penuh gaya dengan bas rasmi kelab tersebut.

Sebelum ini, Kuching City telah membuat satu siri jelajah di bandar utama di Sarawak, yang mana menyaksikan pasukan Liga Premier tersebut menang bergaya di dalam hampir semua perlawanan yang mereka sertai.

Kelab yang pernah mejuarai Liga Bolasepak Rakyat itu merupakan kelab paling berjaya dari Sarawak pada musim lepas apabila menamatkan Liga Premier di kedudukan ke-empat liga.