Pasukan Sarawak United II yang dibarisi pemain – pemain terpilih dari seluruh Sarawak mengungguli Liga SSC – FAS (Liga Sarawak) apabila mudah membelasah pasukan Samarahan FA dalam perlawanan kedua pasukan tersebut dalam Liga Sarawak.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium UNIMAS itu menyaksikan Sarawak United II Alphonsus Joseph menjaringkan dua gol, manakala Muhad Yusri, Mud Dzulikram dan Ikhwan Firdaus melengkapkan senarai penjaring pasukan pilihan liga tersebut.
Di dalam perlawanan lain, Sri Aman FA menewaskan Kapit FA dalam pertandingan di Zon Tengah, manakala Sarikei dan Sibu setakat terikat 2-2 dalam satu perlawanan yang menarik di Kompleks Sukan Bintangor.
Ini sekaligus menyaksikan Sri Aman mengungguli Liga Sarawak bagi Zon Tengah buat masa ini.
Di Zon Utara pula Miri FA mudah menewaskan Mukah FA, 2 – 0 dalam perlawanan tunggal zon tersebut kelmarin.