Home Malaysian football ‘Ulat tiket’ jual tiket perlawanan pada harga RM100

‘Ulat tiket’ jual tiket perlawanan pada harga RM100

Ulat tiket perlawanan Sarawak menentang Sime Darby mula mengambil kesempatan diatas kesukaran peminat mendapatkan tiket perlawanan suku akhir Piala Malaysia yang akan berlangsung esok.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, tiket berharga RM10 kini dijual pada harga RM100, dan tiket RM15 dijual pada harga RM150.

Sumber turut menyatakan ‘ulat tiket’ telah mendapatkan tiket mereka awal Isnin lalu setelah mengetahui tiket mula dijual.

Kami di Sarawak Crocs tidak menyokong ‘ulat tiket’ dan berharap mereka yang bertemu ‘ulat tiket’ ini agar melaporkan mereka kepada pihak berkuasa.

Tindakan membeli tiket perlawanan dari ‘ulat tiket’ akan menggalakkan lebih banyak ‘ulat tiket’ pada masa hadapan, dan seterusnya merugikan peminat sendiri.

Jika anda tidak ada tiket, usahlah beli dari ulat tiket. Pergilah ke kedai kopi berhampiran yang menayangkan perlawanan tersebut, dan orderlah teh-c-peng dan satu roti kosong. Kami yakin harganya lebih rendah dari harga tiket yang tidak munasabah tersebut.

Biarlah ‘ulat tiket’ rugi serugi ruginya.

RECOMENDED LINKS: