Pasukan Kolej Vokasional (KV) Malaysia terus cemerlang dibantu pemain kelahiran Sarawak selepas berjaya mengikat pasukan MASISWA Malaysia pada perlawanan awal pagi tadi.

Di dalam perlawanan terebut, pasukan MASISWA Malaysia menjaringkan gol pembukaan perlawanan pada minit ke-30 sebelum Rick Lihan menjaringkan gol penyamaan bagi mengikat kedudukan kedua pasukan pada minit ke-34.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Jaringan pemain kelahiran Sarawak itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat pada akhir babak pertama perlawanan bolasepak Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2019.

Bermula babak kedua, Roy Rosshon meletakkan pasukan KV Malaysia di hadapan pada minit ke-50 dan KV Malaysia terus bertahan kemas sehingga berjaya mengekang asakan bertali arus MASISWA Malaysia.

Walaubagaimanapun harapan KV Malaysia untuk memungut tiga mata pertama pertandingan berkecai apabila Stanley Joeman Paran terpampan bola ke gawang sendiri, sekaligus memberikan gol penyamaan bagi pasukan MASISWA Malaysia. Kedudukan seri kekal sehinga tamat perlawanan.

Jurulatih KV Malaysia, Hakimi Man memaklumkan beliau berterima kasih diatas komitmen pemainnya.

Hakimi berkata pasukannya telah bermain tanpa tiga tonggak utama dan keputusan seri tersebut adalah sesuatu yang luar biasa memandangkan KV Malaysia sebelum ini dilabel ‘pasukan belasahan”.

Hakimi dipetik berkata “Terima kasih pada pemain yang begitu komited. Bukan mudah untuk beraksi dengan ketiadaan tiga orang pemain utama, namun kita telah melakukan sesuatu luar biasa. Daripada pasukan yang dilabel “lauk” kini ramai yang mula nampak akan kredbiliti pasukan KV Malaysia. Ini adalah hasil kerja keras berpasukan.”

Lain-lain keputusan SIPMA 2019 yang kami perolehi adalah:

Majlis Sukan IPG 1 – 2 Majlis Sukan Politeknik