Sarawak United hanya penuhi separuh dari kriteria Lesen Kebangsaan

Di media sosial kini tular bahawa Kelab Bola Sepak Sarawak United hanya berjaya memenuhi tiga daripada enam kriteria yang disyaratkan untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan.

Jika perkongsian HarimauMalaya di Facebook dijadikan sandaran, kelab yang bertapak di Kuching itu gagal memenuhi kriteria infrastruktur, kewangan dan kesukanan dalam permohonan Lesen kebangsaan mereka untuk musim 2023.

Sarawak United walaubagaimanapun berjaya memenuhi kriteria personel dan pengurusan, kriteria guaman dan kriteria perniagaan yang disyaratkan.

Dari segi jumlah dokumen, sebanyak 376 dokumen telah dihantar, dari 396 dokumen yang dikehendaki untuk perlesenan.

Anda boleh melihat perkongsian laman HarimauMalaya dibawah atau di pautan ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top