Home Malaysian football Liga Super 2023 mungkin guna format 16 pasukan

Liga Super 2023 mungkin guna format 16 pasukan

Trofi Liga Super Malaysia
Trofi Liga Super Malaysia.// Photo credit: FMLLP

Liga Super 2023 mungkin akan terpaksa menggunakan format 16 pasukan sekiranya Sarawak United FC dan Melaka United FC gagal dalam usaha rayuan mereka untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan 2023.

Kedua – dua kelab telah diberi sehingga 19 Oktober ini untuk membuat rayuan jika masih berminat bermain di Liga Super 2023 setelah ‘digagalkan’ ┬ádari mendapat Lesen Kebangsaan oleh Mesyuarat Pelesenan Kelab MFL First Instance Body (FIB).

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif pada 11 dan 12 Oktober 2022 mendapati kedua – dua kelab didapati tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk diberi Lesen Kebangsaan, yang mana merupakan syarat utama untuk dibolehkan bermain di Liga Super atau Liga Malaysia.

Jika kedua – dua pasukan terus tidak menerima Lesen Kebangsaan sebelum tarikh ditetapkan, Malaysia Football League (MFL) dijangka akan tetap meneruskan saingan Liga Malaysia pada musim hadapan dengan menganjurkan Liga Super dengan hanya 16 pasukan.

Untuk rekod, MFL telah sebelum ini membubarkan Liga Premier dan menetapkan semua pasukan bola sepak profesional Liga Malaysia menyertai Liga Super 2023.

Sebelum ini, Sarawak United juga telah menghadapi kesulitan mendapatkan Lesen Kebangsaan untuk tahun 2022, namun FIB MFL telah memberikan kelab tersebut Lesen Kebangsaan Bersyarat bagi membolehkan kelab tersebut bermain di Liga Super 2022.

 

Previous articleKuching City dapat Lesen kebangsaan 2023
Next articleSarawak United hanya penuhi separuh dari kriteria Lesen Kebangsaan