Sarawak United FC dan Kuching City FC (Kuching FA) berjaya akhirnya mendapatkan lesen kelab bola sepak penuh.

Perkara tersebut dimaklumkan Pengerusi FIB Pelesenan Kelab FAM, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif, yang menyatakan bahawa First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM telah mengesahkan kedua – dua pasukan disahkan berjaya memenuhi syarat yang ditetapkan untuk lesen kelab kebangsaan.

Ini sekaligus membolehkan kedua – dua pasukan dari Sarawak itu layak beraksi dalam Liga Premier 2021.

Bagaimanapun, lesen yang diperoleh kedua – dua pasukan ini hanya merupakan lesen kebangsaan FAM dan ia tidak membabitkan lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Selain Kuching City dan Sarawak United, Pahang FA dan Melaka FA, Kelantan FA, dan Pulau Pinang FA juga dianugerahkan lesen penuh kebangsaan oleh FIB.

Satu lagi pasukan, UKM FC, gagal mendapatkan lesen tersebut, dan lesen kelab sementara yang dianugerahkan sebelum ini telah ditarik balik.

Ini bermaksud, UKM tidak dapat beraksi di dalam Liga Malaysia pada musim hadapan.