Datuk Seri Bung Moktar Radin telah dilantik secara rasmi sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sabah (SAFA).

Beliau yang memangku jawatan tersebut sebelum ini telah secara rasmi memenangi undian ke jawatan tersebut selepas menang tanpa bertanding pada kongres luar biasa SAFA yang diadakan bari – baru ini.

Bung Moktar dalam ucapan pelantikan beliau berkata beliau akan berusaha untuk memastikan SAFA terus maju dari peringkat akar umbi sehingga peringkat kebangsaan.

“Dengan kepercayaan yang diberi, saya akan berusaha bagi memastikan SAFA terus maju mencapai sasaran bukan sahaja di peringkat akar umbi tetapi juga di peringkat kebangsaan,” katanya kepada Bernama.

Bung Moktar dengan ini secara rasminya menggantikan Datuk Peter Anthony yang meletakkan jawatannya pada September tahun lepas.

Berikut senarai terkini Ahli Jawatankuasa SAFA penggal 2019-2022:

Presiden: Datuk Seri Bung Moktar Radin

Timbalan Presiden:
Datuk Juil Nuatim
Datuk Abdul Rahman Mohd Zakaria

Naib Presiden :
Datuk James Wong
Datuk Suhaimi Nasir
Datuk Dr Jelani Hamdan
Henry Saimpon

Setiausaha Agung :
Benedict Asmat

Penolong Setiausaha Agung:
Azman Mastar

Bendahari Kehormat:
Jasnih Daya

Setiausaha Eksekutif:
David Wisom

Ahli Majlis Tertinggi:
Shamsuddin Mohd Shah
Othman Abdullah
Marasun Hassim
Salleh Abd Ghapur
Fadli Juanas
Jimson Majemal
Jackson Taguah
Mustapha Tuah