Pasukan bolasepak bawah-19 tahun Sarawak berjaya mengikat pasukan bolasepak bawah-19 tahun Pulau Pinang di dalam perlawanan yang sengit di Padang A Universiti Sains Malaysia petang tadi.
Di dalam perlawanan tersebut, pasukan bimbingan Pengiran Bala tersentak apabila pasukan Pulau Pinang berjaya menjaringkan gol awal sebelum tamatnya babak pertama perlawanan. Gol Pulau Pinang tersebut telah dijaringkan oleh Mohd Hasrul Che Halim pada minit ke-43.
Bersambung babak kedua, Muhamad Danial Arifin pula menambah derita Sarawak apabila beliau menjaringkan gol kedua pasukan tuan rumah pada minit ke-52 perlawanan.
Sungguhpun ketinggalan, pasukan muda Bujang Senang itu tidak mengalah dengan mudah dan berjaya merapatkan jurang jaringan pada minit ke-70 menerusi Mohd Nazri Daud.
Empat minit kemudian, Nazri sekali lagi menggegarkan jaring melalui gol penyamaan perlawanan.
Dengan perlawanan berbaki enam minit, Bala meningkatkan kekebalan barisan pertahanan Sarawak dengan memasukkan Mohd Yunus Hassan untuk Mohd Fazarul Mahathir, sekaligus menyaksikan Sarawak bertahan sehingga wisel penamat dengan satu mata berharga dari Pulau Mutiara.
Lain-lain keputusan Piala Belia adalh seperti di bawah:
KUMPULAN A
P PINANG 2-2 SARAWAK
SABAH 2-1 PERAK
N SEMBILAN 1-2 PAHANG
KEDAH 2-1 SSMP (B-17)
SELANGOR lwn PERLIS (Dipinda 27 April)
KUMPULAN B
MISC-MIFA 0-2 MELAKA
K LUMPUR 1-3 FELDA UNITED
TERENGGANU 1-0 ATM
SSMP (B-16) 2-1 KELANTAN
JDT IV 0-1 SSBJ (B-17)
* Telah berlaku kesilapan meletak/menamakan nama jurulatih pada artikel ini sebelum ini, dimana kami menamakan jurulatih pasukan Sarawak B19 sebagai ‘Fuad’. Kami telah membetulkan artikel ini sepelas kesilapan tersebut disedari. Segala kesilapan amat dikesali.