Ketua Jurulatih Sarawak FA, Pengiran Bala telah memberi indikasi jelas bahawa beliau akan lebih mengutamakan baki perlawanan Liga Super apabila beliau dilaporkan oleh akhbar New Sarawak Tribune sebagai akan menurunkan pemain-pemain simpanan untuk perlawanan malam ini menentang Terengganu FA.

Bala dipetik sebagai berkata bahawa ianya satu risiko (menurunkan pemain simpanan), namun pemain utama beliau kini masih keletihan dan perlu direhatkan bagi menghadapi perlawanan Liga Super yang lain.

Jadual Liga Malaysia yang ketat telah secara langsung mempengaruhi kecergasan pemain, dan pemain perlu direhatkan agar mereka boleh beraksi seperti biasa, khususnyan ketika perlawanan Liga Super.

Dalam pada itu, Bala turut berharap bahawa tindakan beliau memberi rehat kepada pemain utama pada perlawanan Piala Malaysia menentang Terengganu FA akan memberi keputusan positif kepada Sarawak FA yang akan bertemu PKNS FC Sabtu ini di tempat sendiri.

Sarawak FA akan turun menentang Terengganu FA malam ini di Stadium Negeri untuk perlawanan ke-tiga Piala Malaysia.  Dua perlawanan sebelumnya menyaksikan Sarawak FA tewas, dan kini menghuni tangga terbawah Kumpulan D.

9 COMMENTS

  1. Beri bnyak pendedahan kpda pemain.. nilai pemain sebaik baik mungkin.. n prepare the best team for next season….. n mula hantar scout untuk memantau pemain bru dr seluruh Sarawak…. yg pnting stay Super league for this season…. FAS pastikan mempunyai falsafah baru untuk next season.. prepare dr sekarang untuk mendapat tajaan baru…. good luck coach Pengiran Bala and the geng…. do the best Sarawak FA… ngap sayot forever..

  2. Ye .kami sokong..pemain utama perlu di rehatkan..fokus utk liga super 2018..lagi pun ..kedudukan sarawak fa..masih belum selamat lagi..kerana melaka ingin merapatkan mata dgn sarawak fa dan pkns..sarawak fa perlu menang lawan pkns pd 22/7/17 ini..utk menjarakkan rapat dgn melaka dan pkns..Good luck bujang senang.

  3. steady bala your first match di tempat sendiri pastikan 3 point utk Bujang senang tapi lapar.peminat berharap kan kemenangan di kuching. encang swak encang.

  4. Sepatutnya sblm tuk dh polah rotation ia…Rodney blh partner dgn Demerson or Hairol d centreback…Ronny jdi backup (dh berumor) kedak ia juak dgn Ramesh…harus ada local player jdi backup Ramesh ia…Mazwandi nang ada tpi sik konsisten gilak…Dzulazlan dh ada backup di sebelah kanan iaitu Izray…tpi sayang sblm tok DU jarang2 guna khidmat Rodney di centreback, harap PB lebih utamakn young players pas tok…

Comments are closed.