David Usop akhirnya ‘merehatkan diri’, sekaligus mengabulkan impian sesetangah peminat bolasepak Sarawak yang mahukan jurulatih berbangsa Dayak itu dipecat ekoran prestasi kurang memberangsangkan Sarawak FA di persada Liga Super.

Beliau yang mengakui perlu bertanggungjawab sepenuhnya keatas prestasi Sarawak FA sejak akhir-akhir ini, jelas kecewa dengan prestasi pasukan bimbingannya, namun tindakan beliau ‘merehatkan diri’ secara sukarela itu menunjukkan beliau merasakan beliau tidak lagi berupaya mengubah nasib pasukan yang paling disokong di Sarawak pada masa kini.

Komen di media sosial, jika dibaca, sememangnya amat dan boleh menyakitkan hati sesiapa sahaja, dengan segelintir peminat bolasepak turut mempersendakan saiz badan jurulatih anak watan Sarawak ini.

Berdasarkan tomahan dan kata-kata negatif terhadap David, ramai kami pasti, tidak mengikuti perkembangan bolasepak Sarawak secara menyeluruh, dan dalam pada itu tidak mengetahui bahawa David tidak digugurkan (atau dipecat) oleh Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) kerana beliau sebenarnya memenuhi sasaran yang ditetapkan oleh FAS pada awal musim, yakni memastikan Sarawak FA layak ke Piala Malaysia, mengetengahkan pemain muda, dan memastikan Sarawak FA terus kekal di Liga Super.

KPI 1: Layak ke Piala Malaysia

Sebagai sebuah pasukan Liga Super, ianya adalah amat memalukan jika pasukan Sarawak  FA tidak dapat melayakkan diri ke Piala Malaysia.  Ini adalah lebih-lebih lagi benar dengan kaedah kelayakan yang diperkenalkan musim lalu, yang mana melayakkan 11 pasukan tertinggi di Liga Super (yang mempunyai 12 pasukan) selepas perlawanan ke-11 liga, memasuki pertandingan tersebut secara automatik.  David berjaya meletakkan Sarawak FA di Piala Malaysia, namun keputusan undian tidak memihak kepada beliau apabila Sarawak FA diundi bersama pasukan-pasukan terkuat di Malaysia, sekaligus menyaksikan pasukan beliau bergelut untuk menang.

KPI 2: Mengetengahkan bakat muda, anak Sarawak

Hasil desakan peminat dan juga sumber kewangan yang terhad menyaksikan pihak pengurusan FAS mengambil langkah segera di dalam memperkenalkan pemain-pemain anak watan Sarawak ke dalam pasukan Liga Super.  David dalam pada itu, telah membawa masuk sejumlah besar pemain Piala Presiden yang mentah dari segi pengalaman bolasepak tertinggi, untuk bermain di Liga Super, liga bola sepak tertinggi di Malaysia.  Ini menyaksikan pemain muda seperti Tommy Mawat, Nur Shamie Iszuan, Abdul Rahim, Awang Kamaruddin, Alif Hassan, Rodney Celvin, Shreen Tambi dan ramai lagi diberi peluang bermain sebagai kesebelasan utama pasukan, sekaligus memberikan mereka pendedahan penting untuk masa hadapan.  Sebenarnya, pasukan Sarawak FA kini boleh dikatakan merupakan hampir menyamai pasukan Piala Presiden Sarawak dengan tambahan seorang dua pemain senior dan pemain import.

Perkara seperti ini tidak berlaku semasa Robert Alberts menjadi Ketua Jurulatih kerana Robert pernah menyebut kepada kami bahawa “beliau dibayar untuk memilih pemain terbaik Sarawak FA, dan bukan pemain terbaik dari bumi Sarawak”, sekaligus menyaksikan pemain seperti Nur Shamie dan Shreen, yang pada ketika itu sudahpun bermain untuk pasukan bawah 21 tahun Malaysia, hanya sekadar memanaskan bangku simpanan di Sarawak FA.

KPI 3: Kekal di Liga Super

Pada awal musim lagi, pihak FAS sudah menyatakan bahawa pasukan Sarawak FA ini adalah pasukan transasi, dimana pihak FAS mahu berbelanja secara berhemah, dan pada masa sama, mengetengahnan sebanyak mungkin pemain dari Sarawak.  Dalam pada itu, FAS hanya meletakkan sasaran kekal di Liga Super untuk musim ini, dengan menambah bahawa sebarang kedudukan lebih dari itu, seperti mengakhiri liga di tangga ke-5 dan ke atas adalah satu ‘bonus’.

Sarawak kini di kedudukan ke-10 Liga Super, dan jurang perbezaan pasukan Sarawak FA dengan tiga pasukan di atasnya tidak melebihi enam mata.  Malah, Sarawak dilihat akan berupaya kekal di Liga SUper kerana daripada baki enam perlawanan, satu perlawanan adalah menentang pasukan Melaka United yang kini menghuni tangga ke-11 Liga Super, dan dua lagi adalah perlawanan menentang pasukan T-Team dan PKNS, yang mana hanya dipisahkan kurang enam mata dari Sarawak.  Sesunguhnya, Sarawak FA hanya perlu memastikan mereka menewaskan Melaka United, PKNS dan T-Team untuk memastikan slot di Liga Super 2018 terjamin.

KESIMPULAN

Sesungguhnya, apa yang David lakukan untuk pasukan Sarawak FA sehingga kini adalah mengikut perancangan dan harapan FAS, dan beliau seharusnya tidak dipersalahkan sepenuhnya di atas kegagalan pasukan Bujang Senang kini, terutama sekali apabila sumber kewangan yang disediakan bepada beliau dilaporkan amat terhad.  Ini belum ditambah lagi dengan hakikat bahawa pasukan Sarawak FA kini sebenarnya adalah pasukan Piala Presiden Sarawak FA, yang menentang pasukan-pasukan Liga Super.

Apapun, keputusan telah dibuat, dan kini tangungjawab untuk memastikan sasaran terakhir FAS tercapai dipikul oleh bekas pemain Sarawak FA, Pengiran Bala.

Kepada David, terima kasih, dan kepada Bala, selamat maju jaya.

p/s: Sikda orang Sarawak empun mok nagga Sarawak FA mala kalah bah. 

89 COMMENTS

  1. Kdg2 bila baca komen pn pandei trfikir juak,coach david ya bkn org sarawak dkpun kah sampei fizikal nya perlu dianok.. kelak madah org sarawak sik rasis lah,harmoni lah.. tp segal bol jak,dah ngga gne mentaliti kita.. komen nganok team kalah prkara biasa,tp sik perlu lah attack personality @ fizikal individu.. FAS actually dah awl2 berik target,yg kita sbg pykong lbh2 engkah target tggi gik pakei pa.. nak ka molah kita mpun kecewa..

  2. Pengurusan FAS juga perlu bertanggungjawab sepenuhnya…!!Dana akan masuk jika pasukan berjaya…namun jika pasukan setakat cukup makan saja siapa yang nak bagi sponsor!! Malah peminat pun malas nak turun stadium!!

  3. Skrg baru isu peruntukan di ketengahkan..maka nya waktu pemilihan untuk pemain import dan bukan import harus berhati2…jangan ikut mcm pasukan negeri lain. Kita tau kemampuan kita hingga tahap mana.

  4. Nya tpaksa merehat kan diri sbb desakan pelbagai pihak. So dirik nya dgn rasa rendah diri alu resign ..rasanya mun coach d.u xpat jd coach,harap cdak fas crk coach dari luar dan dibantui asistant coach d.u ..dpt tmbh pgalamannya.mun x anta coach d.u tok ke luar negara ,menimba ilmu dluar ya..kata aku jak lah.d.u trma kasih selamatkan sarawak✌✌✌

  5. X plu la mok slhkn coach..nya dh cuba brik yg tbait..lg pn player muda kurang bpengalaman..cm nek tok masalah kewangan ja..ada duit setiap team mst maju..cth kdak jdt..$$$ berkuasa zaman kinek tok..
    #NGAPSAYOT
    #SARAWAKTANAHAIRKU

  6. Kalau macam towk lh pengurusan pasukan sarawak mpun target ngan planning sampei brtongkat kelak kita sik akan bola sepak sarawak maju, sejarah team sarawak yg kita bangga tinggal sejarah. Kita kondem bukan sebab benci kita cuma nak kemajuan bukan kemunduran. Pada kmk DU sik sesuai jd jurulatih, memang menar nya good relationship ngan player tp tektikal hancur boleh suh nya jadi kaunselor ker tetapi bukan jurulatih. Nya ngan team sarawak bukan nya sebulan 2 dh lama dh, sepatutnya kena tau apa dh kelemahan player sarawak mcm ni nk counter balit kelemahan ya agar mampu bersaing dgn team lain. Team lain walaupun dkelompok bawah liga mahupun dibawah kedudukan sarawak tetapi dorang pernah n boleh mngejutkan team kelompok top liga. Bila last sarawak menang lawan team JDt? Xboh mng lh seri pun cukup bila last?

  7. Nya Andy Khairulhadi buat ms ani juz ctnue apa yg ada n bjuang utk x trn ke liga perdana..sbb utk mgharap keajaiban ms ani mmg x realistik..so kena hadapi realiti..dgn keadaan kkurangan dana team ani tpaksa buat kerja lebih skit mksdnya start dr akar umbi..fokus dgn team junior yg ms ani brada d landasan yg baik utk trs dgilap n dserap ke senior team..if team kitani ni ada sponser mungkin bleh buat jln shortcut beli player luar yg bgs2 tp hakikat skrg team xda dana yg hebat so main target longterm..biar dlm 2,3 tahun lg br nampak hasilnya..juz yg penting if ambil coach luar biar yg ada pgalaman dlm strategi n idea..dlm ms yg sm pbanyakkan mlahirkan coach2 tempatan yg berlesen n hantar bkursus n mnimba ilmu..mungkin dlm 10 yg d hantar ada 1 yg mbuahkan hasil ..

  8. Benar juak la tpi sbagai peminat bukan lalang k dri apa nda d padh admin mun sik nya kita sik kenak pemain muda atau anak jati sarawak ibuh di pdah sapa nama kita empun tau mun benar peminat sarawak dri nya la player jati di tgah kan tpi apa kan nasib mungkin dah sik da nasib nak memimpin agik knetok semua duit peace no war mun sik nya sik da anak jati kita knal ibarat nya mcm jelmaan lagend awang mahyan dolok semua anak jati tpi dolok main bukan ketegal duit ketegal lambang d dada faham faham la

  9. Layak piala Malaysia tp xda ksngguhan pn nk main. Kekal liga super? Blm tmat gik liga alu mdh kekal. Bkn mslh supporter target tinggi glk, xkn ya jk target management. Waima ssh nk cpai top 5, xslh target bnda cmya, usaha la. Tok mcm mkin ari mkin lmah nk main. Xkra liga or piala malaysia, ksungguhan nk mnang mcm xda lbh2 men home. Lom pnh menang u u. Dh tauk kwgn terhad, phal mala tka player import. Segal x nenga kta alu nk tka. Import nk bru pn mkin x sbpa jk upa. Hartmann nok bgus ya dibuang. Aku rsa Sarawak pling kerap rombak pasukn.

  10. Syabas…DU dah buat satu keputusan yg bijak…bertanggungjawab dgn prestasi pasukan…..jd kinek tok, persoalannya adakah sidak pengurusan tok tauk bahawa liga profesional tok umpama satu bisness dimana wang tajaan digunakan sebaik mungkin utk memantapkan pasukan dan sterusnya jika prestasi pasukan amatlah baik maka ianya mendorong akan kebanjiran penonton ke stadium utk melihat aksi pasukan dan seterusnya menambahkan lagi pendapatan pasukan…..mun dipikirkan jika team sarawak main di home ground…beribu duit abis kei byar sewa stadium dan seumpamanya…dan jika kehadiran penonton kurang dpt ndak duit hasil kutipan ticket utk cover semuanya….maok sik maok terpaksa guna duit persatuan..bertambah kuranglah budget yg tinggal…..benda mcm tok yg kita kenak pkit….
    Btul, kita maok kekal dlm liga super dan semua team pun maok molah benda yg sama, lps ya mmg lah sidaknya akan mempersiapkan team sidaknya , last2 kita yg berjimat akan ketinggalan.
    Bermain dlm piala malaysia mmg lah impiam semua team..so dari sia lah perbelanjaan akan bertambah dan dgn kehadiran penonton yg mmg mendukacitakan, maka benda tok jd liabiliti persatuan..
    Last sekali..utk mempertengahkan pemain muda n pemain lokal sarawak…kita tangga jak pd prestasi pasukan piala president..sine tahap sidak tok mun nak d bandingkan dgn team2 lain..mun dah player dari junior team sik perform well, giney nak bertanding d peringkat yg lebih tinggi…yes saya setuju, tujuan utk mengenengahkan player mudak adalah utk cari pengalaman tp adakah cara ya membuahkan hasil jika pasukan boleh terjerumus ke liga perdana….PIKIRKANLAH

  11. Hahhha..bbrp kali dh oiiii..amik coach tok amik coach ya,ujong2 d pecat n quit..sapa tkg sapu taik nok d tggl cdak nya ya sapa? Bkn david usop ka? Nak kaka byk2 phl nya x knk pecat pahal? Cam ya la? Nya nulong galas tugas,kak ya mn x prform,rami2 nikam taik rah muka nya?

  12. dah lamak ku mikey bab tok. dari tahun dolok agik, tapi yalah tek sidak glory hunter ya nang nangga jaik koc jak. nya sik maok tauk apa sebenarnya yg ” mengikat ” koc ya. dolok time RA pandey inggar kenak miak sarawak sik diberik can main dalam first team.

    kinek tok bila dah diberik peluang, alu inggar juak kenak main jaik. kamon la gais, kitak orang tangga nun tim kedak kedah ya, dolok marek time sidak gik jaik diberiknya miak2 mudak tok main. sbb apa ? targetnya dalam 3-4 musim agik sidak ya matang + cukup kompetitif pakey angkat balit team ya. buktinya ? 2014 – semi final piala msia, 2015 – menang liga perdana + final piala msia, 2016 – piala malaysia, 2017 – piala fa. nampak sik progress ya ? coba kompey dgn tim sarawak sejak 2013 dolok tedah sik berik pelapis mudak main apa jadi ? alu gugok, nasib jak ya sik tersingkir.

    aku pun sik harap apa2 ilak team tok. nak membina sakses tok nang perlu makan masa. tp puas juak ati nangga tim2 post-RA banyak berik peluang miak sarawak nunjok bakat sidak ya. ada juak progress drpd kita tok nak mengungkit sejarah zmn alan vest,awang mahyan. kmon la, dah 2017 tok sikkan masih nak bernostalgia ? tim lain mcm2 sejarah baru dilakar sidak ya. sekkan kita masih ngenang benda lamak?

  13. Masalah kewangan sepatut tak akan timbul sekiranya pengurusan seblm ini berbelanja berhemah dan x boros
    Kerajaan negeri dan syarikat2 trmpatan sudah banyak melabur ttp pengurusan terdahulu terlalu borosssss

  14. Kau menulis artikel tok kedak orang sarawak tok sik pande nangga bol jak. Memang kmkorg paham team tok mudak, transition period, tapi sampe bila??mun dari awal season sampe cuti raya main jaik boleh terimak. Tok sampe lepas break raya pun persefahaman antara pemain belom bagus, taktikal pun sik menjadi, sik kan kita sebagai fans tok nak tandah ajak polah bodo kedak kau?? Mun kau sanggup nak nangga sarawak main liga perdana,ya masalah kau la.tapi kmkorg tok sik maok nangga sarawak jadi macam ya.selagik dapat cari jalan penyelesaian,coba! Team presiden kita aku follow.dari awal season sik perform.bila tukar coach, form sidak boleh tahan kinektok.sik salah kita berharap impak ke senior team pun macam ya.. udah2 la ko nak defend david usop ya. Dah terbukti nya sik dapat mbak team sarawak agik.nang wajar nya ‘berehat’ or apa2 la term bodo ktkorg nak pake.bagi aku nya resign.senang cerita.

    • Setuju dgn ulasan dirik bro….adakah setakat ya jak kpi FAS sebuah badan profesional negeri yg seharusnya menjadi penanda aras kpd persatuan2 bolasepak disetiap pelosok daerah negeri sarawak…peminat berhak menilai berhak menentukan halatuju pasukan seiringan dgn matlamat persatuan…kecewa dgn pengurusan persatuan yg kurang memberi penekanan kpd halatuju team bola sarawak…2 season Kch dgn serian membuktikan mampu berdiri duduk sama dgn pasukan seluruh negara xkan team negeri kesayangan xmampu…

  15. Bnyak yg komen negetif sbb xdak tok pnyokong lalang jak…mun rasa mampu nak ngrus sarawak offer drik jd presiden kh,mun x jd sposer utama kh….klak mun gaji x d byar ktk org juak bising mdah x pndey ngurus pasukan..mun rs xmampu nak ngga sarawak kalah xperlu dtg stadium..segelintir pnyokong setia tetap akn dtg stadium walaupun srwak kalah..cakap je lebih penyokong lalang tok..entah2 main bol pun x pndey…

  16. Maok juak ku komen byk…
    KPI 1 – Layak Piala Malaysia
    Layak nang layak tapi di kedudukan ke-10,nyawa2 ikan dh ya. Nang la akan di undi masuk group team kuat.
    Cuba Srwak top 4 masa undian ya,xkan masih sama group dgn JDT.

    KPI 2 – Bakat muda
    Dh xda gik players,nok bgs dh di beli team lain. Pemain import dh d tukar…
    Last2 ambik jak la players Piala Presiden. Dah ya kalah,alasan pemain muda xda pengalaman.

    KPI 3 – Kekal Liga Super
    Blm hbs gik liga,madah kekal liga super. Mun kedudukan di pertengahan liga….kali juak dpt kekal. Tok no.10,bila2 masa drop masuk zon penyingkiran. Kekal pun xda makna mun jadi team pelengkap jadual jak. X mampu bersaing dgn team2 lain.

    P/s – Sokongan dari penyokong jauh dah turun berbanding tahun 2013.
    Walaupun main Liga Perdana jak masa ya,dpt juak jadi Juara Liga Perdana. Masu semi final Piala Malaysia (kalah dgn Pahang).

  17. Mun ikut kata penyokong lalang, sida jose mourinho, pep guardiola, conte jadi coach baru daknya yaa puas hati..coach dari planet pluto diambik mun tahap player kita local pon sama juak..masalah kinek dari player kitaa, kecergasan n tahap fizikal mental yg perlu dibaiki bukan lain..kekreatifan player yg jadi keutamaan bila main

  18. Kalau player kurang memuaskan dia ambik, maka tugas jurulatih lah mencorak dan asah bakat dia. Kalau tau player tu memang xboleh pgi ke depan buat apa nak ambik, banyak lagi player kat sarawak ni yang berbakat tapi xda peluang nak masuk. Hakikatnya gentong tu memang tak berkebolehan dan tidak layak menjadi jurulatih

  19. Jangan hina org..dia tak salah..org kaya raja kat sarawak yg salah..lihat jdt..duit no problem..lihat pemain mcm mana..ada main longlai..kalau blh dgn tanah sekali dia sodok sepak bola..sedar la sikit..yg mengkritik perut besar la..kesian dia..duit punya pasal dia jadi bahan tomahan…sedih lihat org sarawak mcm ni..kata bersatu tapi tak bersatu..kumpul duit..kolek 1 seorang mcm minta sedekah kat supermarket..pintu bank..bila org tanya kata bantu tim bola sarawak..baru la bersatu..biar org yg kaya raja malu..faham ka..

  20. “Perkara seperti ini tidak berlaku semasa Robert Alberts menjadi Ketua Jurulatih kerana Robert pernah menyebut kepada kami bahawa “beliau dibayar untuk memilih pemain terbaik Sarawak FA, dan bukan pemain terbaik dari bumi Sarawak”, sekaligus menyaksikan pemain seperti Nur Shamie dan Shreen, yang pada ketika itu sudahpun bermain untuk pasukan bawah 21 tahun Malaysia, hanya sekadar memanaskan bangku simpanan di Sarawak FA.”

    Patutnya jgn salahkan RA ngkah cdak d bangku simpanan. Mun cdak bna2 bagus RA akan berik cdak main. So, patutnya cdak tingkatkan gik prestasi utk bsaing rebut 1st 11. So, cdak pun boleh jdi semakin bagus. Bukannya dgn status wakil mlaysia B21 boleh automatik main.

  21. David usop adalah jurulatih yang pentingkan amanah yang telah diberikan…beliau tak melatah atau memburukan management atas segala keputusan beliau sendiri….# RESPECT COACH …

  22. Tq atas segala usaha David Usop. Nya da molah yg terbaek dgn kekangan yg ada. Mission utk ngangkat player2 anak jati dah terlaksana & ada juak player kita di tunggah utk main ngan National Squad. Prestasi team sik dpt kt ngkah di bahu DU ajak. Gerak kerja sepasukan ya mesti selari. Pengurusan, player, coach & supporter mesti sama2 ngangkat balit era gemilang Sarawak. Team FAS baru pun mesti diberik peluang & masa untuk perubahan tok. Team Sarawak da nak hancur time cdak team FAS baru take over, jadi berik masa yg realistik utk cdak yg ikhlas yg ada jiwa bola mcm cdak.

  23. zidane pun kena pecat kalau jadi coach sarawak ,sebab player sarawak sentiasa player yg sama,badan kecik²,pendek²..mana tak nya di belasah stiap kali game,kalah tu bukan dari coach,bukan dari Fas..tapi dari cara player main..cari lah player yg fit,laju,verstail…sarawak banyak penaja,tidak patut tidak dapat cari player yg bkualiti..cukup salahkn coach…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here