Selepas Kuching FA mengesahkan mereka bakal bermain di Stadium Sarawak untuk baki perlawanan Liga M3, pasukan Sarawak FA kini memaklumkan Utusan Borneo mereka juga telah memohon untuk bermain di stadium terbesar di Sarawak itu.

Menurut laporan Utusan Borneo, Setiausaha Agung FAS, Jeffery Lana telah memaklumkan akhbar tersebut bahawa pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah memohon kepada pihak Malaysia Football League (MFL) untuk menggunakan Stadium Sarawak untuk baki perlawanan Liga Premier pasukan Sarawak FA.

SarawakCrocs Fantasy Premier League 2019/20

Terdapat baki empat perlawanan yang perlu dianjurkan oleh pasukan Sarawak di laman sendiri di Liga Premier, dan Sarawak FA mahukan perlawanan tersebut berlangsung di Stadium Sarawak.

Menurut laporan Utusan Borneo, FAS telah memohon untuk menggunakan Stadium Sarawak selepas perlawanan menentang JDT II pada 25 Mei lepas namun masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak MFL sehingga kini.

Jeffery dala pada itu berharap MFL dapat memberi kelulusan penggunaan Stadium Sarawak dalam masa terdekat bagi membolehkan perlawanan menentang UKM FC pada 19 Jun ini menggunakan tersebut.

Pada Mei 27, Kuching FA telah mengesahkan semua aksi Pusingan Kedua Liga M3 mereka akan dilangsungkan di Stadium Sarawak dengan waktu perlawanan diubah ke 8:15PM.