Pasukan Liga M3, Kuching FA telah mengambil empat pemain baharu bagi memperkuatkan pasukan menjelang pusingan kedua Liga M3.

Liga M3 akan memulakan pusingan kedua Sabtu ini (15 Jun) dengan pasukan Kuching dijadualkan menentang SAMB FC.

SarawakCrocs Fantasy Premier League 2019/20

Empat pemain baharu Kuching adalah Sufizal Ismail, Ismail Bujang, Jimmy Raymond dan Mohd Irfan Shahmi.

Menurut laporan akhbar Borneo Post, hanya Sufizal dan Ismail bakal diturunkan oleh Kuching Sabtu ini manakala Jimmy dan Irfan akan direhatkan.

Turut kembali menguatkan pasukan Kuching pada perlawanan Sabtu ini adalah bekas pemain Sarawak FA, Ramesh Lai dan pemain sayap Mohammad Zainuddin Bohri.

Kuching kini gah di persada Liga M3 dan akan melayan kunjungan SAMB di Stadium Sarawak dengan harapan dapat meneruskan rentak kemenangan pasukan tersebut.