Sarawak FA tidak jadi ambil pemain import baharu

Pasukan Sarawak FA dikhabarkan tidak akan mengambil pemain import baharu pada jendela perpindahan Jun ini.

Menurut khabar angin, kekangan kewangan telah memaksa pasukan Sarawak FA untuk memikirkan hasrat untuk menambat seorang pemain import bagi menggantikan Nebosja Mirankovic yang akan dilepaskan.

Dalam pada itu, kami difahamkan oleh seorang agen pemain bahawa khabar tersebut sememangnya benar dan ianya amat mengecewakan. Ini adalah khusus kerana Nicolas telah berada di Kuching selama hampir tiga minggu dengan tujuan diambil sebagai pemain import terbaharu pasukan tersebut.

Sarawak FA sebelum ini diberitakan akan menandatangani bekas pemain Kuala Lumpur, Nicolas Dul bagi menggantikan Nebosja, namun ianya tertakluk kepada keputusan Datuk Posa Majeis yang merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

Pihak FAS buat masa ini masih mendiamkan diri berkenaan isu ini, namun jika benar, pasukan Sarawak FA akan berkemungkinan meneruskan aksi Liga Malaysia dengan hanya tiga pemain import.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top