Pasukan Bujang Senang berputih mata di dalam perlawnan ke-13 Liga Premier malam tadi selepas ditewaskan pasukan JDT FC II di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Perlawanan yang sepatutnya dimainkan di Stadium Negeri itu menyaksikan JDT FC II menjadingkan dua gol pada baba pertama bagi memastikan mereka memungut mata penuh perlawanan.
Gol JDT dijaringkan penyerang importnya Bruno Gabriel Soares pada minit ke-38, dan Nicolás Fernández pada minit ke-42.
Susulan kekalahan itu, Ketua Jurulatih Sarawak Ian Gillan menyifatkan kekalahan di tangan pasukan JDT2 adalah sesuatu yang amat menghampakan.
Beliau yang mengakui terpaksa turun tanpa beberapa tonggak utama akibat penggantungan menyatakan bahawa pemain melakukan kesilapan mudah dan ini telah menghukum pasukannya.
Ian walaupun tetap yakin bahawa Sarawak FA akan bangkit dalam perlawanan-perlawanan seterusnya.
Kekalahan malam tadi menyaksikan Sarawak FA terus jatuh di Liga Premier dengan kini di tangga ke-6.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



apa ke benda sarawak main.kena dengan jdt2 dua kli dah..jdt2 mudah2 dapat 6 mata kat sarawak je.negeri pun kalah ngan kelab….
Ni bukan team Sarawak,FAS punya pasal kalah- kalah saja.
Sarawak ada team bola sepak kah? Tak tahu pun