KUCHING – Ketua Jurulatih Sarawak FA, Ian Gillan memberi bayangan bahawa pemainnya akan berusaha keras bagi memastikan pasukan Perth Glory FC tidak menang mudah.
Beliau dipetik akhbar Utusan Borneo sebagai berkata pemain beliau akan memberikan tentangan sengit kepada pasukan pelawat dalam usaha memastikan pihak lawan mendapat ‘perlawanan sukar’ yang mereka mahukan.
Ian dalam pada itu berkata bahawa perlawanan persahabatan menentang Perth Glory adalah satu pendedahan penting kepada pemain-pemain Sarawak FA.
Tambah beliau, beliau tidak terlalu memikirkan keputusan akhir perlawanan dan berharap kedua-dua pasukan akan mempamerkan aksi menarik.
Perlawanan Sarawak FA menentang Perth Glory FC dijadualkan pada hari ini jam 8:15PM dengan tiket dijual di perkarangan stadium dan di LSC Hopoh. – SARAWAKCROCS.COM/CDN