Pemain pertahanan berpengalaman Sarawak, Ronny Harun telah dipilih oleh pengendali skuad Harimau Malaysia, Ong Kim Swee untuk ke latihan pusat bermula isnin ini sebelum menentang pasukan Filipina dalam perlawanan persahabatan ‘A’ di Stadium Memorial Jose Rizal di Filipina.

Perlawanan persahabatan tersebut merupakan perlawanan pemanas badan sebelum menentang pasukan Korea Utara  dalam perlawanan sulung kumpulan B untuk pusingan kelayakan Piala Asia pada 28 Mac ini.

Ronny dijangka akan melapor diri isnin ini (13 Mac 2017).

Pasukan kebangsaan dijadualkan akan berlepas ke Filipina 20 Mac ini dan terus membuat persiapan untuk menentang pasukan Korea Utara di venue yang akan diumumkan kelak.

Ronny bukanlah asing di dalam skuad kebangsaan sejak Kim Swee mengendalikan pasukan kebangsaan dimana beliau bukan sahaja acap kali dipanggil mewakili negara, tetapi juga membintangi pasukan tersebut sebagai kesebelasan utama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here