Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa penjaga gol utama pasukan Sarawak FA pada perlawanan akan datang hanya berusia 20 tahun.

Shaiful Wazizi bin Mohamad yang sebelum ini merupakan pemain simpanan kepada pasukan utama pasukan Bujang Senang telah menerima satu ‘upgrade’ kepada pemain utama selepas dua penjaga gol utama pasukan Sarawak Fa menerima kecederaan jangka panjang.

Shaiful merupakan anak muda kelahiran Sarawak dan pernah bermain untuk pasukan Piala Belia Sarawak.

Menurut maklumat yang kami terima, penjaga gol utama Sarawak sebelum ini, Mohamad Firdaus Muhamad kini mengalami kecederaan yang akan mengakibatkan beliau terpinggir dari mana-mana pertandingan sehingga akhir musim.

Penjaga gol import Sarawak pula, Iqbal Suhaimi sudah lama tidak diturunkan ekoran kecederaan.  Kecederaan yang dialami kedua-dua penjaga gol tidak dapat dipastikan pihak kami buat masa ini.

Memandangkan pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) sehingga kini tidak biasa memaklumkan secara konsisten sekiranya ada diantara pemain mereka cedera, maka pihak kami pun tidak dapat mengesahkan sekiranya maklumat yang kami terima ini betul.

Sungguhpun demikian, jika ianya benar, maka inilah peluang terbaik untuk Shaiful Wazizi  menunjukkan kebolehan beliau dan mendapat pendedahan di peringkat tertinggi bolasepak Malaysia.

Dalam pada itu, cuba bayangkan jika lebih ramai kelab bolasepak profesional wujud di Sarawak dan bertanding di Liga Malaysia, peluang seperti yang hadir untuk Shaiful sudah pasti boleh dinikmati lebih ramai anak mudah.

Ayuh, #BubarSarawakFA – kita bangunkan pula pasukan profesional di segenap Sarawak. – SARAWAKCROCS.COM/CDN

Comments
LATEST PROMOTIONSARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE