Sarawak FA tewas perlawanan pembukaan Challenge Cup 2019

Sarawak FA membuka tirai cabaran di dalam Challenge Cup malam tadi dengan kekalahan kepada Johor Darul Ta’zim FC II (JDTII).

Perlawanan bagi pertandingan yang dianggap sebagai aksi persediaan untuk perlawanan ‘play-off’ Liga Premier bagi Sarawak menyaksikan Sarawak bermula garang dengan membuat hantaran-hantaran menarik untuk mengucar-ngacirkan gawang pasukan tuan rumah.

Pada minit ke-4, keghairahan pasukan Sarawak menyerang dibalas dengan gol pembukaan oleh Nor Azizi yang mana merembat kencang bola hantaran Hudson Dias di dalam petak penalti.

Sarawak meneruskan rentak serangan dengan Alif Hassan nyaris menambah gol untuk Sarawak pada minit ke-11, namun ianya ditepis keluar oleh penjaga gol JDTII, Muhamad Haziq.

IKLAN: Sertai SarawakCrocs Fantasy Premier League (ScFPL) dan berpeluang memenangi hadiah berjumlah tunai lebih RM2,000. MAKLUMAT SELEBIHNYA DI SINI.

Ini diikuti oleh cubaan berbahaya Bobby Gonzales selepas itu yang terkena penjuru palang gol.

JDTII yang sekali sekala menyerang walaubagaimanapun mula mendapat rentak perlawanan dan akhirnya Nicolas Fernandes menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-26.

Rozimi menggandakan kelebihan JDTII sebelum babak pertama berakhir melalui satu tandukan yang agal ditangkap oleh Andy Nicolas.

Bermula babak kedua, JDTII terus menguasai perlawanan dengan melancarkan serangan-serangan berbahaya.

Sarawak yang cuba bangkit dilihat tidak dapat berbuat demikian dengan hantaran-hantaran yang dibuat dilihat seringkali tidak menjadi.

Sebaliknya serangan JDTII lebih menjadi dengan Mohamad Ghaddar menewaskan Andy pada minit ke-59, sekali gus meletakkan JDTII di kedudukan selesa di dalam perlawanan.

Sarawak cuba bangkit selepas itu namun kekebalan benteng JDTII tidak dapat ditewaskan, sekaligus menyaksikan JDTII memenangi perlawanan dengan jaringan 3-1.

Kekalahan Sarawak meletakkan mereka di tangga terakhir Kumpulan A Challenge Cup 2019.

Ikuti kami di Instagram: www.instagram.com/sarawakcrocs

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top