Biarpun perlawanan malam tadi tidak membawa sebarang makna kepada pasukan Sarawak FA dan Terengganu FA, keputusan seri di Stadium Sultan Ismail sudah cukup untuk memastikan pasukan Bujang Senang mengakhiri kempen Piala Malaysia mereka di kedudukan ketiga Kumpulan D.

Di bawah Sarawak FA adalah pasukan Terengganu FA yang juga gagal di dalam misi mereka ke peringkat Suku Akhir.

Dalam perlawanan tersebut, Terengganu FA bermula cemerlang apabila Issey Farran meledakkan gol pembukaan pada minit ke 26.

Tchetche Hermann menambah derita Sarawak FA tiga mijit kemudian sebelum Mateo Roskam merapatkan pada minit ke 35.

Issey walaubagaimanapun menambah lagi gol tujuh minit sebelum rehat, sekaligus menyaksikan Terengganu FA mengakhiri babak kedua dengan keyakinan mereka boleh memenangi perlawanan ini.

Pada babak kedua walaubagaimanapun, pasukan bimbingan Pengiran Bala terus bersemangat mencari gol untuk merapatkan jurang jaringan.

Hasilnya, Abdul Rahim berjaya merapatkan defisit gol pada minit ke-61, sebelum Milos Raichovic menyamakan kedudukan enam minit sebelum masa penuh.

Pasukan Sarawak FA terus menerus serangan untuk mencari gol selepas jaringan Raichovic, namun usaha mereka buntu sehingga masa penuh. – sarawakcrocs.com

Comments

9 COMMENTS

Comments are closed.