Pasukan 7DSC hari ini muncul juara Piala Tan Sri James apabila menewaskan pasukan 66 Mobile Dragon 1-0 di Stadium Mini Kapit.

Gol kemenangan pasukan 7DSC dijaringkan Awangku Izwan seawal minit ke-8 perlawanan sekaligus menobatkan pasukan yang diwakilinya sebagai juara baharu pertandingan tersebut, yang sebelum ini dikenali dengan nama Liga Kapit.

Kejuaraan 7DSC mengesahkan mereka sebagai pasukan bolasepak paling kuat di Bahagian Kapit pada musim ini.

Sebagai juara, 7DSC membawa pulang wang tunai, beserta piala dan pingat. – SarawakCrocs.com

Comments