Dengan berakhirnya Liga SetiaRaja Mukah (LRSM), satu lagi liga akan berlangsung bermula hari ini.

Liga kedua ini adalah anjuran Mukah FA (MuFA), dan ianya adalah diberi nama Liga Mukah.

Sebanyak 13 pasukan telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan tersebut, yang mana dibahagikan kepada tiga kumpulan.

Senarai pasukan yang mengambil bahagian adalah seperti berikut:

KUMPULAN A
ALO STAR
BROS FC
ESUKA FT
PMU

KUMPULAN B
BELIA MUKAH U20
DE HAND CREW
BAYAU MAS
MDMD
DALAT

KUMPULAN C
LEETONIA
BALINGIAN
SEB POWER
PETIAN

Format kejohanan Liga MUkah bakal menyaksikan juara dan naib juara setiap kumpulan, serta dua pasukan ketiga terbaik dari mana-mana kumpulan layak ke pusingan suku akhir.

Sepak mula pertandingan akan berlangsung pada petang ini (Rabu), 13 September 2017, pada jam 4.00 petang di Padang Mesra MDDM Mukah. – SarawakCrocs.com

Comments