Sarawak FA mulakan perjalanan hari ini

Pasukan Sarawak dijadualkan akan berlepas ke Kuala Lumpur hari ini sebagai persediaan untuk perlawanan pertama Liga Super yang dijadualkan menentang T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Terengganu pada 21 Januari 2017.

Pasukan Sarawak akan terus kekal di semenanjung untuk perlawanan kedua Liga Super menentang Kedah di Stadium Darul Aman di Kedah pada 27 Januari 2017.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden FAS semalam semasa majlis pelancaran jersi baharu dan pengenalan pemain yang bertempat di pusat beli-belah CityOne.

Pada musim lalu, pasukan Sarawak dilihat menghadapi kesukaran apabila beraksi di tempat lawan, namun peminat rata-rata berharap bahawa musim ini akan memberi sedikit kelainan.

Pasukan Bujang Senang dijadualkan bertemu Pahang di tempat sendiri pada 4 Februari.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top