Presiden Persatuan Bolasepak Samarahan, dan juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak, Haidel Heli hari ini menyatakan bahawa beliau tidak akan merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).
Menurut Haidel, beliau terkejut namanya dikaitkan dengan jawatan tersebut dan menolak segala spekulasi berkaitan perkara itu.
Tambah Haidel, beliau akan melepaskan jawatan Naib Presiden FAS yang dipegangnya kini pada Mesyuarat Agung FAS 17 September kelak, dan beliau tidak sama sekali berminat dengan jawatan Presiden FAS.
Haidel dalam pada itu menyatakan beliau mahu menumpukan perhatian beliau sepenuhnya kepada tanggungjawab lain seperti Persatuan Bekas Pemain Hoki Sarawak (PBPHS).
FAS di dalam kenyataan media baru-baru ini telah menyatakan bahawa sesiapa sahaja layak dicalonkan ke jawatan Presiden, Timbalan Presiden, dan lima Naib Presiden akan dipertandingkan di dalam mesyuarat agung yang akan datang, dengan syarat mereka memiliki sokongan dua atau lebih ahli gabungan FAS.
OK bahh Tuan Haidel Heli jadi Presiden FAS….
salah sorang yang bakal bergelar…
Hhhmmm
Hot seats ya… Mun xmok open ngn rakyat swk.. Rami org mok nga team swk bangkit
Bos Haidel Heli we all support u
Kalau setakat ala kadar tak payah,carilah yg betul betul minat
Abis duit kau pake indup boyak dlm FAS ya
Right choice at the right time
Go for it
Ambik dolok
Paling abis pun kenak anok
Pas ya mun sik tahan
Turun cara terbaik
At least bila dah tua kelak ada juak duduk kerusi panas
Comments are closed.