Walaupun belum diumumkan secara rasmi, heboh kini di media sosial bahawa pasukan Bujang Senang akan melayan kunjungan pasukan lawan di Stadium Negeri pada sebelah petang, dan bukan pada sebelah malam seperti tahun-tahun sudah.
Adalah difahamkan perlawanan akan diadakan pada jam 4:15PM, dan bukan pada jam 8:15PM. Beberapa laman Facebook peminat bolasepak Sarawak walaubagaimanapun telah mengesahkan bahawa Sarawak akan bermain pada jam 4:15PM pada tahun ini, sekiranya perlawanan diadakan di Stadium Negeri.
Buat masa ini, pihak kami tidak dapat mengesahkan kebenaran masa perlawanan pasukan Sarawak FA kerana tidak ada pengumuman rasmi daripada pihak berwajib.
Jadual rasmi yang dikeluarkan oleh FMLLP juga tidak menunjukkan masa perlawanan.
Dalam pada itu, jika anda ingin membeli pas bermusim bagi musim ini yang telah dimurahkan kadarnya, ada baiknya anda mendapat pengesahan waktu perlawanan dahulu kerana jika benar perlawanan bermula pada jam 4:15PM seperti yang digembar-gemburkan, maka berkemungkinan anda tidak dapat hadir ke perlawanan tersebut memandangkan perlawanan Liga Premier biasanya dimainkan pada hari Jumaat, dan 4:15PM adalah waktu bekerja.
Untuk rekod, Sarawak FA telah bermain pada waktu malam ketika mereka bermain di Liga Premier 2013, yang mana menyaksikan mereka turut dinobatkan juara pertandingan tersebut dengan rekod tanpa kalah.

RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Kena main petang..Ni ada org nanga kelak..masa org keja pkl 4:15
Adoh ney smpat mun sabtu tek sikhal 😩
Sukati kau pun lah sarawak f.a…
ng dah agak dh…
save bajet lh ya…tauk ajak
Xada org nk dtg la.. Ari panas.. Org nk mlh aktiviti drk mpun ptg ari..
sbb ya tiket murah..
phm2 jk..mun dh tiket murah ya…main siang lh ya..
Kosong lh std ya..org gk kja time ya..bahlol fas ya bh
Makin rami org nangar
Mun sidak merik ticket rm 5
Support bagus Sgt so supporter jauh pun dpt pergi stadium .
Aduh..
Mun match ptg start 415ptg so tamat 6ptg masih awal supporter2 bolih bawa family sakali cause tamat perlawanan masih awal n feel safe.
bagus lah ya…langsung sikda orang dapat nangga kelak…langsung kosong lah stadium tahun tok….kahkahkah..pasya xda duit pakei bayar sewa stadium, main di padang sekolah jak…ya bok padan..standard main nmiak sekolah, main di padang sekolah lah..
Mun main hari mingu ok juak main ptg
waktu kerja ya ney nak nangga.,….
Siapa maok pergi stadium. Petang kamek beri makan kambing.
Masalah tak habis2…
B.O.D.O.H
Ok la tu..jimat skit bajet..main waktu mlm pun stadiummm bunyi cengkerik je
NOOB ….
Dah hujan baru nak cari payung. Main waktu org kerja. Memang kutipan merosot kelak
kompom.xda org ngga pastok.. huh
Main di Padang Jublee saja lah…ataupun stadium mini Serian
wktu gik kerja kdak ney la mok nangga..
Standardlh Liga perdana kebanyakan nya game ptg,apa mok dihairan..mcm sik biasa..haha
stadium Gumpey dn lubok punggo bagus agik
Oootedah ooohaaa …sunyi sepi