Kekalahan Kelantan FA malam tadi telah secara langsung membantu pasukan Sarawak FA.

Ini adalah kerana Sarawak kini mempunyai laluan lebih mudah untuk memintas Kelantan dengan berbekalkan dua perlawanan terakhir.

SarawakCrocs Fantasy Premier League 2019/20

Dengan kemenangan malam tadi, Sarawak mengutip 13 mata dan ini merapatkan kedudukan mereka dengan Kelantan yang kini memiliki 14 mata.

Jika Sarawak berupaya memenangi dua lagi perlawanan terakhir, dengan pasukan Selangor United dan Kelantan terus kecundang, Sarawak mampu mengakhiri musim di tangga ke-9 Liga Premier.

Jika ini berlaku kedudukan Sarawak di dalam liga adalah selamat kerana Sarawak telah keluar dari kelompok zon penyingkiran liga.

Walaubagaimanapun tugas untuk menang tidak mudah bagi Sarawak kerana lawan seterusnya adalah Pulau Pinang FA, dan seterusnya Selangir United.

Pulau Pinang yang sebelum ini juga di kawasan bawahan liga telah mula bangkit pada perlawanan-perlawanan yang lepas dan dilihat menjadi pasukan yang agak sukar untuk dilepasi.

Selangor United pula akan pasti berjuang habis-habisan bagi memastikan mereka terus kekal di Liga Premier.

Oleh itu, kedua-dua pasukan itu tidak oleh dipandang enteng oleh pasukan Sarawak yang juga mahukan kemenangan untuk kedua-dua perlawanan terakhir Liga Premier kelak.