Sumber SarawakCrocs.com baru-baru ini telah memberi perkhabaran gembira bahawa pasukan Bujang Senang telah mendapat penaja baru.

Menurut sumber tersebut, penaja yang diura-urakan adalah Syarikat Juara Cahaya Sarawak Sdn Bhd yang berpangkalan di Kuching.

Hasil siasatan SarawakCrocs.com mendapati bahawa syarikat Juara Cahaya adalah sebuah syarikat pembinaan dan kejuruteraan yang telah terlibat di dalam projek pembangunan di Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE).

Adalah dimaklumkan oleh sumber lain pula bahawa Juara Cahaya akan menggantikan Titanium sebagai penaja skuad Sarawak.

Samada berita berkenaan penaja baru Sarawak ini benar atau tidak, sama-sama kita nantikan perkembangannya dalam hari-hari akan datang.

Facebook Comments

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SARAWAKCROCS FANTASY PREMIER LEAGUE