SarawakCrocs.com hari ini dengan sukacitanya mengumumkan senarai penaja bagi musim 2014 yang terdiri daripada Otters Nation, Eheart Charms & Crafts, dan yang terbaru, Maharani.

Menurut jurucakap SarawakCrocs.com yang enggan dikenali, penaja baru SarawakCrocs.com membantu pihak yang terbabit dengan SarawakCrocs.com untuk bekerja lebih keras dan menampung segala kos yang terlibat dalam membawa berita secara langsung kepada peminat Sarawak secara cepat dan tepat. Menurutnya lagi, “tajaan mereka (para penaja) sememangnya banyak membantu dalam meringankan sedikit beban kewangan yang diperlukan oleh pihak SarawakCrocs.com, khususnya untuk membeli tiket perlawanan bagi membawa laporan perlawanan.”

Untuk makluman umum, Otters Nation adalah penjual dan pereka pakaian secara online, dan mereka sejak baru-baru ini telah mengeluarkan beberapa produk khas untuk Sarawak Crocs, dan menjualnya secara online dan facebook di www.fb.com/ottersnation.

Eheart Charms & Craft pula merupakan kedai online di www.eheartcharms.com yang menjual barangan perhiasan perempuan seperti gelang hiasan, rantai dan banyak lagi. Mereka turut bekerjasama dengan Otters Nation untuk menjual barangan rasmi Sarawak Crocs.

Penaja baru Maharani pula merupakan pakar penjual tudung dan pakaian Muslim, dan mereka juga merupakan alternatif kepada peminat Sarawak yang ingin mendapatkan barangan Sarawak secara ‘Cash on Delivery’ di kawasan Kuching.

Kepada semua penaja, terima kasih kami ucapkan.

Sarawak Crocs masih menerima tajaan dari pihak yang berminat dalam bentuk tajaan mingguan, bulanan dan tahunan. Jika berminat, sila hubungi kami di sales[at]eheartcharms[dot]com

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SarawakCrocs Tribal jersey